Sunday, August 24, 2008

Ulasan Akhbar 2 Penggal 3

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,125331,00.html?

Artikel ini tentang bilangan kumpulan seni dan budaya Melayu yang kian bertambah, sekali gus mencerminkan kerancakan persada kegiatan seni tradisional Melayu di Singapura yang semakin diminati ramai. Menurut artikel, Perangkaan terbaru Majlis Seni Singapura (NAC) menunjukkan kumpulan seni Melayu yang bergiat aktif di kelab-kelab masyarakat telah meningkat kepada 84 kumpulan, berbanding 76 kumpulan sekitar 10 tahun lalu, dan lebih 230 kumpulan tarian Melayu juga kini aktif di sekolah-sekolah, berbanding kurang 200 kumpulan lima tahun lalu. NAC berkata bahawa kumpulan muzik tradisional Melayu juga bergerak aktif dengan lebih 20 kumpulan telah pun ditubuhkan, termasuk beberapa kumpulan yang ditubuhkan tahun lalu seperti Orkes Mutiara Majlis Pusat, Munir dan Sri Gemilang.

Ini berbukti bahawa tradisi orang Melayu belum mati, malahan ia menjadi lebih popular pada masa ini. Tradisi penting dalam kehidupan seseorang kerana pengetahuan seseorang itu tentang akarnya akan lebih cinta kepada bangsanya dan negaranya, dan kerana ini akapadan menyumbang kepada negara dan bangsanya, dan kedua-duanya akan mendapat faedah.

Peningkatan bilangan orang yang lebih minat kepada seni dan budaya Melayu tersebut menunjukkan bahawa walaupun dunia ini menjadi lebih globalisasi, dan perkembangan dalam bidang komunikasi, sains dan teknologi, dan bagaimana orang dunia ini bermula mendapat sebuah identiti kolektif, tradisi dan budaya ialah sebab orang dunia ini masih punya identiti unik sendiri.

(207 patah perkataan)

1 comment:

ninda said...

Isi = 6
Bahasa = 6
Jumlah = 12/30


Ckg Elina