Sunday, August 24, 2008

Ulasan Akhbar 3 Penggal 3

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,125366,00.html?


Artikel ini bercerita tentang bagaimana Encik Abdul Manah Nawang dari Malaysia boleh menjadi jutawan hanya dengan menjual keropok lekor di Internet. Sekumpulan peniaga kecil-kecilan yang memanfaatkan lelaman yang Encik Abdul Manah Nawang memanfaatkan, www.uptrend2u.com, ingin mengongsi pengalaman dengan menganjurkan ceramah itu. Para peniaga kecil-kecilan di rumah seperti membuat kuih dan menjahit langsir boleh memanfaatkan laman tersebut. Uptrend mempunyai sistem mengira bonus setiap hari berbanding kebanyakan syarikat pemasaran berbilang tingkat (MLM) yang mengira pendapatan bulanan.

Kerana laman Uptrend ini, orang yang hanya boleh berniaga kecil-kecilan boleh mendapat banyak wang. Uptrend memberikan peluang untuk orang yang berniaga kecil-kecilan untuk memajukan perniagaannya seluruh dunia.

Artikel ini menunjukkan bahawa pemanfaatan Internet telah membolehkan orang-orang seluruh dunia berinteraksi dengan orang lain yang di tempat, bandar ataupun negara yang berbeza. Dalam zaman moden ini, di mana dunia kita telah diglobalisasikan, perkembangan dalam bidang komunikasi memberi peluang untuk orang untuk melibatkan orang di seluruh dunia dalam rancangan mereka untuk mencapai kejayaan lebih besar berbanding dengan kalau tidak ada Internet.

Penciptaan Internet membuatkan banyak orang menggunakannya untuk menyenangkan kerja mereka. Guru menggunakannya untuk memberi kerja rumah, banyak pekerja masih boleh membuat kerjanya kalau tidak boleh pergi kerja kerana pencemasan, dan seperti yang dicontohkan dalam artikel ini, peniaga boleh memajukan perniagaannya kepada seluruh duni dengan amat senang.

(208 patah perkataan)

1 comment:

ninda said...

Isi = 5
Bahasa = 6
Jumlah = 11/30


Ckg Elina