Sunday, April 27, 2008

Ulasan Akhbar Penggal 2 Minggu 6

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,117531,00.html?


Artikel ini melaporkan bahawa Penguasa Pembangunan Media (MDA) mengenakan denda $15,000 ke atas Channel 5 MediaCorp TV kerana menyiarkan rancangan pasangan homoseksual dan bayi mereka yang menggalak gaya hidup homoseksual. Menurut MDA, episod itu melanggar peraturan penyiaran program televisyen.


Perkara ini menunjukkan bahawa anggapan masyarakat negara Singapura yang amat konservatif tentang gaya hidup homoseksual. Pada zaman ini, lebih negara menjadi lebih toleran terhadap gaya hidup dan perkahwinan homoseksual. Namun, terdapat negara-negara yang masih ada anggapan tentang perkara ini yang konservatif seperti Cina, Brunei dan Singapura.


Salah satu sebab anggapan konservatif ini mungkin kerana agama. Dalam pengajaran banyak agama seperti Islam, Kristian dan Hindu, perhubungan homoseksual tidak seharusnya disiarkan sebagai satu unit keluargan yang dapat diterima kerana Tuhan mencipta orang manusia lelaki dan perempuan, dan tujuan kehidupan orang lelaki dan perempuan ialah untuk membiak, dan pasangan homoseksual menjadikan tujuan ini mustahil.


Walaupun itu, orang yang pro-pasangan homoseksual menyatakan bahawa kalau dua indivdu mencinta satu sama lain, ia tidak harus menjadi masalah kalau pasangan tersebut merupakan pasangan homoseksual. Semua orang mempunyai hak untuk mencintai dan mengahwin dengan sesiapa sahaja yang mereka mahu, walaupun jantina sama atau tidak.


Konflik antara orang anti-pasangan homoseksual dan pro-homoseksual sudah diteruskan untuk masa yang lama. Ini merupakan isu yang tidak boleh diatasi pada masa depan kerana amat susah untuk seratus peratus menyokong satu daripada anggapan tersebut.


(219 patah perkataan)

1 comment:

ninda said...

Terdapat peningkatan positif namun masih mempunyai ruangan untuk memperbaiki gaya penyampaian isi.


Isi = 7
Bahasa = 7
Jumlah = 14/20

Cikgu Elina