Sunday, April 13, 2008

Ulasan Akhbar Penggal 2 Minggu 4

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,116661,00.html?


Artikel ini memberitahu tentang perasaan rasialisme orang di negara-negara Barat terhadap orang-orang Asia, terutamanya orang Cina. Ia memberitahu tentang bantahan untuk menyekat larian obor Sukan Olimpik Beijing kerana ingin mencetuskan rasa malu terhadap Cina dan warganya, dan bantahan anti-Cina ini dijalankan dalam banyak kota dalam negara Barat seperti San Francisco, London dan Paris.


Pada pendapat saya, pembantahan tersebut jadi kerana Sukan Olimpik tidak pernah dijalankan dalam negara Asia sejak ia dimulai. Malah, ini bermakna bahawa untuk kali yang pertama sejak Sukan Olimpik dimulai, atlet-atlet yang akan mempunyai nombor yang besar mungkin atlet Cina, dan ini boleh mengurangkan peluang atlet Barat dari mendapatkan sama banyak jumlah pingat emas berbanding dengan tahun lalu. Buktinya jelas ternyata bahawa penyanggahan tersebut terjadi kerana atlet-atlet Barat menganggap atlet Asia sebagai atlet yang inferior dan tidak mahu dimalukan oleh mereka dalam Sukan Olimpik Beijing ini.


Inilah sesuatu pandangan yang amat rasisme dan pembantahan ini menunjukkan bahawa semua orang ada potensi untuk mendiskriminasikan orang lain dan akan mengambil apa sahaja langkah-langkah untuk membuktikan bahawa golongan yang orang itu didalami ialah golongan yang terbaik.


Rasialisme merupakan perkara yang tidak boleh dimusnahkan sepenuhnya, tetapi saya berasa bahawa ia boleh dikurangkan dengan mengadakan fungsi-fungsi atau membuatkan iklan, poster dan sebagainya untuk membuatkan masyarakat tersedar bahawa sifat bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya ialah perkara yang tidak baik.


(217 patah perkataan)

1 comment:

ninda said...

Secara keseluruhan terdapat isi yang bersesuaian namun penyampainnya dari bentuk gaya bahasa, penggunaan kata dan struktur ayat perlu dirapikan lagi.

Isi = 7
Bahasa = 6
Jumlah = 13/20

Cikgu Elina