Saturday, September 6, 2008

Ulasan Akhbar 4 Penggal 3

http://cyberita.asia1.com.sg/luarnegara/story/0,3617,126245,00.html?

Artikel ini tentang dua pelajar universiti yang ditembak oleh penembak yang tidak dikenali ketika sedang berarak ke kediaman Perdana Menteri Thailand, Encik Samak Sundaravej, di Bangkok pada malam kelmarin. Para pelajar tersebut ditembak pada kaki serta lengan tetapi keadaan mereka tidak serius. Kedua-duanya merupakan antara lebih seratus pelajar yang berarak ke kediaman Encik Samak.

Kumpulan pelajar itu hendak membatalkan rancangan berarak ke rumah Encik Samak bagi membantah cara beliau mengendalikan krisis politik yang sedang melanda tentang pemerintahan negara Thailand selepas mantan Perdana Menteri Thaksin dibuang negeri.

Ini menunjukkan bahawa semua orang, sama ada pelajar atau orang bertugas, mempunyai pandangan tentang situasi politik negara mereka. Orang daripada semua golongan boleh bernasionalisme. Artikel ini juga menunjukkan bahawa kadang-kadang orang tidak puas dengan situasi politik di negara mereka, dan kalau mereka cinta pada negara mereka secukupnya, mereka akan membuat bantahan tentangnya. Walaupun begini, membuat begini boleh bahaya, seperti dalam artikel ini, di mana dua pelajar-pelajar tersebut ditembak. Untuk membuat bantahan seperti ini walaupun mereka tahu bahawa ia bahaya, mereka membuktikan bahawa mereka mempunyai keinginan untuk situasi politik di negara mereka berubah ialah amat kuat.

Kalau terdapat orang di dunia ini yang menyatakan bahawa pelajar tidak merasa berkepentingan terhadap politik negara mereka, orang itu harus berubah pendapat ini.

(204 patah perkataan)

Sunday, August 24, 2008

Ulasan Akhbar 3 Penggal 3

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,125366,00.html?


Artikel ini bercerita tentang bagaimana Encik Abdul Manah Nawang dari Malaysia boleh menjadi jutawan hanya dengan menjual keropok lekor di Internet. Sekumpulan peniaga kecil-kecilan yang memanfaatkan lelaman yang Encik Abdul Manah Nawang memanfaatkan, www.uptrend2u.com, ingin mengongsi pengalaman dengan menganjurkan ceramah itu. Para peniaga kecil-kecilan di rumah seperti membuat kuih dan menjahit langsir boleh memanfaatkan laman tersebut. Uptrend mempunyai sistem mengira bonus setiap hari berbanding kebanyakan syarikat pemasaran berbilang tingkat (MLM) yang mengira pendapatan bulanan.

Kerana laman Uptrend ini, orang yang hanya boleh berniaga kecil-kecilan boleh mendapat banyak wang. Uptrend memberikan peluang untuk orang yang berniaga kecil-kecilan untuk memajukan perniagaannya seluruh dunia.

Artikel ini menunjukkan bahawa pemanfaatan Internet telah membolehkan orang-orang seluruh dunia berinteraksi dengan orang lain yang di tempat, bandar ataupun negara yang berbeza. Dalam zaman moden ini, di mana dunia kita telah diglobalisasikan, perkembangan dalam bidang komunikasi memberi peluang untuk orang untuk melibatkan orang di seluruh dunia dalam rancangan mereka untuk mencapai kejayaan lebih besar berbanding dengan kalau tidak ada Internet.

Penciptaan Internet membuatkan banyak orang menggunakannya untuk menyenangkan kerja mereka. Guru menggunakannya untuk memberi kerja rumah, banyak pekerja masih boleh membuat kerjanya kalau tidak boleh pergi kerja kerana pencemasan, dan seperti yang dicontohkan dalam artikel ini, peniaga boleh memajukan perniagaannya kepada seluruh duni dengan amat senang.

(208 patah perkataan)

Ulasan Akhbar 2 Penggal 3

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,125331,00.html?

Artikel ini tentang bilangan kumpulan seni dan budaya Melayu yang kian bertambah, sekali gus mencerminkan kerancakan persada kegiatan seni tradisional Melayu di Singapura yang semakin diminati ramai. Menurut artikel, Perangkaan terbaru Majlis Seni Singapura (NAC) menunjukkan kumpulan seni Melayu yang bergiat aktif di kelab-kelab masyarakat telah meningkat kepada 84 kumpulan, berbanding 76 kumpulan sekitar 10 tahun lalu, dan lebih 230 kumpulan tarian Melayu juga kini aktif di sekolah-sekolah, berbanding kurang 200 kumpulan lima tahun lalu. NAC berkata bahawa kumpulan muzik tradisional Melayu juga bergerak aktif dengan lebih 20 kumpulan telah pun ditubuhkan, termasuk beberapa kumpulan yang ditubuhkan tahun lalu seperti Orkes Mutiara Majlis Pusat, Munir dan Sri Gemilang.

Ini berbukti bahawa tradisi orang Melayu belum mati, malahan ia menjadi lebih popular pada masa ini. Tradisi penting dalam kehidupan seseorang kerana pengetahuan seseorang itu tentang akarnya akan lebih cinta kepada bangsanya dan negaranya, dan kerana ini akapadan menyumbang kepada negara dan bangsanya, dan kedua-duanya akan mendapat faedah.

Peningkatan bilangan orang yang lebih minat kepada seni dan budaya Melayu tersebut menunjukkan bahawa walaupun dunia ini menjadi lebih globalisasi, dan perkembangan dalam bidang komunikasi, sains dan teknologi, dan bagaimana orang dunia ini bermula mendapat sebuah identiti kolektif, tradisi dan budaya ialah sebab orang dunia ini masih punya identiti unik sendiri.

(207 patah perkataan)

Saturday, August 23, 2008

Ulasan Akhbar 1 Penggal 3

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,125342,00.html?


Artikel ini tentang tiga artis Melayu yang baru-baru ini dimasukkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH) kerana penyakit barah paru-paru tetapi sekarang menunjukkan tanda-tanda pulih. Apabila ditemui rakan-rakan yang mengunjungi salah satu daripada ketiga-tiga orang tersebut, Encik Effendy, beliau kelihatan ceria, cergas dan berselera makan selepas menerima rawatan. Hal ini sangat berbeza dari semasa beliau dimasukkan ke hospital.

Dalam artikel ini kita boleh melihat perkembangan perubatan yang telah maju sehingga dengan cara rawatan yang moden, doktor-doktor sudah boleh mengurangi gejala barah paru-paru dan membuat orang yang terlibatnya kelihatan dan merasa bahawa dia tidak terlibatnya lagi. Ini menunjukkan bahawa dalam zaman moden ini, perkembangan dalam bidang Sains dan Teknologi amat cepat, dan kerana ini, dalam masa depan yang dekat, kita akan boleh menanangi lebih banyak masalah yang telah dialami oleh orang dunia.

Selain itu, artikel ini juga memberikan idea-idea tentang peningkatan nombor orang-orang di dunia ini yang terlibat barah paru-paru. Saya berpendapat bahawa sebab hal ini ialah orang-orang yang merokok dan juga orang yang menjadi perokok-perokok pasif kerana perokok ini. Jadi, untuk mengurangkan jumlah orang-orang yang jatuh sakit barah paru-paru, langkah yang terutamanya mesti diambil ialah untuk mengurangkan jumlah perokok, dan ini boleh dicapai dengan melarangkan penjualan rokok dan menghukum orang yang menjualnya, supaya mengelakkan orang daripada menjual rokok.

(204 patah perkataan)


Sunday, April 27, 2008

Ulasan Akhbar Penggal 2 Minggu 6

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,117531,00.html?


Artikel ini melaporkan bahawa Penguasa Pembangunan Media (MDA) mengenakan denda $15,000 ke atas Channel 5 MediaCorp TV kerana menyiarkan rancangan pasangan homoseksual dan bayi mereka yang menggalak gaya hidup homoseksual. Menurut MDA, episod itu melanggar peraturan penyiaran program televisyen.


Perkara ini menunjukkan bahawa anggapan masyarakat negara Singapura yang amat konservatif tentang gaya hidup homoseksual. Pada zaman ini, lebih negara menjadi lebih toleran terhadap gaya hidup dan perkahwinan homoseksual. Namun, terdapat negara-negara yang masih ada anggapan tentang perkara ini yang konservatif seperti Cina, Brunei dan Singapura.


Salah satu sebab anggapan konservatif ini mungkin kerana agama. Dalam pengajaran banyak agama seperti Islam, Kristian dan Hindu, perhubungan homoseksual tidak seharusnya disiarkan sebagai satu unit keluargan yang dapat diterima kerana Tuhan mencipta orang manusia lelaki dan perempuan, dan tujuan kehidupan orang lelaki dan perempuan ialah untuk membiak, dan pasangan homoseksual menjadikan tujuan ini mustahil.


Walaupun itu, orang yang pro-pasangan homoseksual menyatakan bahawa kalau dua indivdu mencinta satu sama lain, ia tidak harus menjadi masalah kalau pasangan tersebut merupakan pasangan homoseksual. Semua orang mempunyai hak untuk mencintai dan mengahwin dengan sesiapa sahaja yang mereka mahu, walaupun jantina sama atau tidak.


Konflik antara orang anti-pasangan homoseksual dan pro-homoseksual sudah diteruskan untuk masa yang lama. Ini merupakan isu yang tidak boleh diatasi pada masa depan kerana amat susah untuk seratus peratus menyokong satu daripada anggapan tersebut.


(219 patah perkataan)

Monday, April 21, 2008

Ulasan Akhbar Penggal 2 Minggu 5

http://cyberita.asia1.com.sg/luarnegara/story/0,3617,116988,00.html?

Artikel ini melaporkan tentang seorang suami yang tak endah nyawanya cuba menyelamatkan isterinya setelah kedua-duanya terlibat dalam kemalangan. Kecintaan orang lelaki tersebut terhadap isterinya ialah satu perkara yang amat menyentuh hati. Untuk kebanyakan orang daripada generasi baru, cinta penuh pengorbanan tidak mudah dilihat kerana orang daripada generasi baru pada masa kini selalu menganggap diri sendirinya sebagai paling penting untuk dijaga. Sikap materialisme dan elitisma menolong menguatkan pandangan ini. Pada masa sekarang, orang digalakkan mementingkan diri sendiri dulu sebelum mengorban untuk menolong orang lain.


Pada pendapat saya, sikap ini ialah sikap yang tidak baik kerana dalam dunia yang lebih globalisasi pada masa sekarang, ia menjadi lebih penting untuk mengorban untuk menolong orang lain supaya sebanyak mungkin orang boleh mencapai kejayaan kerana semua orang berperan serta kepada kejayaan negara dan dunia. Kalau orang tidak mengambil sikap mengorban dalam hubungan dengan satu orang sahaja, mereka mungkin tidak akan boleh menunjukkan sikap ini apabila mereka perlu mengorbankan sesuatu untuk menolong syarikat mereka dan sebagainya.


Orang-orang tidak boleh dipaksa untuk mengambil sikap ini, tetapi mereka boleh digalakkan untuk mengambil sikap tersebut. Selain itu, ibu bapa boleh mencuba melatihkan dan menggalakkan anak mereka untuk mengamil sikap ini, oleh sebab generasi ibu bapa ialah generasi yang lebih mementingkan sikap mengorban untuk menolong orang-orang lain.


(207 patah perkataan)

Sunday, April 13, 2008

Ulasan Akhbar Penggal 2 Minggu 4

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,116661,00.html?


Artikel ini memberitahu tentang perasaan rasialisme orang di negara-negara Barat terhadap orang-orang Asia, terutamanya orang Cina. Ia memberitahu tentang bantahan untuk menyekat larian obor Sukan Olimpik Beijing kerana ingin mencetuskan rasa malu terhadap Cina dan warganya, dan bantahan anti-Cina ini dijalankan dalam banyak kota dalam negara Barat seperti San Francisco, London dan Paris.


Pada pendapat saya, pembantahan tersebut jadi kerana Sukan Olimpik tidak pernah dijalankan dalam negara Asia sejak ia dimulai. Malah, ini bermakna bahawa untuk kali yang pertama sejak Sukan Olimpik dimulai, atlet-atlet yang akan mempunyai nombor yang besar mungkin atlet Cina, dan ini boleh mengurangkan peluang atlet Barat dari mendapatkan sama banyak jumlah pingat emas berbanding dengan tahun lalu. Buktinya jelas ternyata bahawa penyanggahan tersebut terjadi kerana atlet-atlet Barat menganggap atlet Asia sebagai atlet yang inferior dan tidak mahu dimalukan oleh mereka dalam Sukan Olimpik Beijing ini.


Inilah sesuatu pandangan yang amat rasisme dan pembantahan ini menunjukkan bahawa semua orang ada potensi untuk mendiskriminasikan orang lain dan akan mengambil apa sahaja langkah-langkah untuk membuktikan bahawa golongan yang orang itu didalami ialah golongan yang terbaik.


Rasialisme merupakan perkara yang tidak boleh dimusnahkan sepenuhnya, tetapi saya berasa bahawa ia boleh dikurangkan dengan mengadakan fungsi-fungsi atau membuatkan iklan, poster dan sebagainya untuk membuatkan masyarakat tersedar bahawa sifat bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya ialah perkara yang tidak baik.


(217 patah perkataan)