Sunday, August 24, 2008

Ulasan Akhbar 3 Penggal 3

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,125366,00.html?


Artikel ini bercerita tentang bagaimana Encik Abdul Manah Nawang dari Malaysia boleh menjadi jutawan hanya dengan menjual keropok lekor di Internet. Sekumpulan peniaga kecil-kecilan yang memanfaatkan lelaman yang Encik Abdul Manah Nawang memanfaatkan, www.uptrend2u.com, ingin mengongsi pengalaman dengan menganjurkan ceramah itu. Para peniaga kecil-kecilan di rumah seperti membuat kuih dan menjahit langsir boleh memanfaatkan laman tersebut. Uptrend mempunyai sistem mengira bonus setiap hari berbanding kebanyakan syarikat pemasaran berbilang tingkat (MLM) yang mengira pendapatan bulanan.

Kerana laman Uptrend ini, orang yang hanya boleh berniaga kecil-kecilan boleh mendapat banyak wang. Uptrend memberikan peluang untuk orang yang berniaga kecil-kecilan untuk memajukan perniagaannya seluruh dunia.

Artikel ini menunjukkan bahawa pemanfaatan Internet telah membolehkan orang-orang seluruh dunia berinteraksi dengan orang lain yang di tempat, bandar ataupun negara yang berbeza. Dalam zaman moden ini, di mana dunia kita telah diglobalisasikan, perkembangan dalam bidang komunikasi memberi peluang untuk orang untuk melibatkan orang di seluruh dunia dalam rancangan mereka untuk mencapai kejayaan lebih besar berbanding dengan kalau tidak ada Internet.

Penciptaan Internet membuatkan banyak orang menggunakannya untuk menyenangkan kerja mereka. Guru menggunakannya untuk memberi kerja rumah, banyak pekerja masih boleh membuat kerjanya kalau tidak boleh pergi kerja kerana pencemasan, dan seperti yang dicontohkan dalam artikel ini, peniaga boleh memajukan perniagaannya kepada seluruh duni dengan amat senang.

(208 patah perkataan)

Ulasan Akhbar 2 Penggal 3

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,125331,00.html?

Artikel ini tentang bilangan kumpulan seni dan budaya Melayu yang kian bertambah, sekali gus mencerminkan kerancakan persada kegiatan seni tradisional Melayu di Singapura yang semakin diminati ramai. Menurut artikel, Perangkaan terbaru Majlis Seni Singapura (NAC) menunjukkan kumpulan seni Melayu yang bergiat aktif di kelab-kelab masyarakat telah meningkat kepada 84 kumpulan, berbanding 76 kumpulan sekitar 10 tahun lalu, dan lebih 230 kumpulan tarian Melayu juga kini aktif di sekolah-sekolah, berbanding kurang 200 kumpulan lima tahun lalu. NAC berkata bahawa kumpulan muzik tradisional Melayu juga bergerak aktif dengan lebih 20 kumpulan telah pun ditubuhkan, termasuk beberapa kumpulan yang ditubuhkan tahun lalu seperti Orkes Mutiara Majlis Pusat, Munir dan Sri Gemilang.

Ini berbukti bahawa tradisi orang Melayu belum mati, malahan ia menjadi lebih popular pada masa ini. Tradisi penting dalam kehidupan seseorang kerana pengetahuan seseorang itu tentang akarnya akan lebih cinta kepada bangsanya dan negaranya, dan kerana ini akapadan menyumbang kepada negara dan bangsanya, dan kedua-duanya akan mendapat faedah.

Peningkatan bilangan orang yang lebih minat kepada seni dan budaya Melayu tersebut menunjukkan bahawa walaupun dunia ini menjadi lebih globalisasi, dan perkembangan dalam bidang komunikasi, sains dan teknologi, dan bagaimana orang dunia ini bermula mendapat sebuah identiti kolektif, tradisi dan budaya ialah sebab orang dunia ini masih punya identiti unik sendiri.

(207 patah perkataan)

Saturday, August 23, 2008

Ulasan Akhbar 1 Penggal 3

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,125342,00.html?


Artikel ini tentang tiga artis Melayu yang baru-baru ini dimasukkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH) kerana penyakit barah paru-paru tetapi sekarang menunjukkan tanda-tanda pulih. Apabila ditemui rakan-rakan yang mengunjungi salah satu daripada ketiga-tiga orang tersebut, Encik Effendy, beliau kelihatan ceria, cergas dan berselera makan selepas menerima rawatan. Hal ini sangat berbeza dari semasa beliau dimasukkan ke hospital.

Dalam artikel ini kita boleh melihat perkembangan perubatan yang telah maju sehingga dengan cara rawatan yang moden, doktor-doktor sudah boleh mengurangi gejala barah paru-paru dan membuat orang yang terlibatnya kelihatan dan merasa bahawa dia tidak terlibatnya lagi. Ini menunjukkan bahawa dalam zaman moden ini, perkembangan dalam bidang Sains dan Teknologi amat cepat, dan kerana ini, dalam masa depan yang dekat, kita akan boleh menanangi lebih banyak masalah yang telah dialami oleh orang dunia.

Selain itu, artikel ini juga memberikan idea-idea tentang peningkatan nombor orang-orang di dunia ini yang terlibat barah paru-paru. Saya berpendapat bahawa sebab hal ini ialah orang-orang yang merokok dan juga orang yang menjadi perokok-perokok pasif kerana perokok ini. Jadi, untuk mengurangkan jumlah orang-orang yang jatuh sakit barah paru-paru, langkah yang terutamanya mesti diambil ialah untuk mengurangkan jumlah perokok, dan ini boleh dicapai dengan melarangkan penjualan rokok dan menghukum orang yang menjualnya, supaya mengelakkan orang daripada menjual rokok.

(204 patah perkataan)