Sunday, April 27, 2008

Ulasan Akhbar Penggal 2 Minggu 6

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,117531,00.html?


Artikel ini melaporkan bahawa Penguasa Pembangunan Media (MDA) mengenakan denda $15,000 ke atas Channel 5 MediaCorp TV kerana menyiarkan rancangan pasangan homoseksual dan bayi mereka yang menggalak gaya hidup homoseksual. Menurut MDA, episod itu melanggar peraturan penyiaran program televisyen.


Perkara ini menunjukkan bahawa anggapan masyarakat negara Singapura yang amat konservatif tentang gaya hidup homoseksual. Pada zaman ini, lebih negara menjadi lebih toleran terhadap gaya hidup dan perkahwinan homoseksual. Namun, terdapat negara-negara yang masih ada anggapan tentang perkara ini yang konservatif seperti Cina, Brunei dan Singapura.


Salah satu sebab anggapan konservatif ini mungkin kerana agama. Dalam pengajaran banyak agama seperti Islam, Kristian dan Hindu, perhubungan homoseksual tidak seharusnya disiarkan sebagai satu unit keluargan yang dapat diterima kerana Tuhan mencipta orang manusia lelaki dan perempuan, dan tujuan kehidupan orang lelaki dan perempuan ialah untuk membiak, dan pasangan homoseksual menjadikan tujuan ini mustahil.


Walaupun itu, orang yang pro-pasangan homoseksual menyatakan bahawa kalau dua indivdu mencinta satu sama lain, ia tidak harus menjadi masalah kalau pasangan tersebut merupakan pasangan homoseksual. Semua orang mempunyai hak untuk mencintai dan mengahwin dengan sesiapa sahaja yang mereka mahu, walaupun jantina sama atau tidak.


Konflik antara orang anti-pasangan homoseksual dan pro-homoseksual sudah diteruskan untuk masa yang lama. Ini merupakan isu yang tidak boleh diatasi pada masa depan kerana amat susah untuk seratus peratus menyokong satu daripada anggapan tersebut.


(219 patah perkataan)

Monday, April 21, 2008

Ulasan Akhbar Penggal 2 Minggu 5

http://cyberita.asia1.com.sg/luarnegara/story/0,3617,116988,00.html?

Artikel ini melaporkan tentang seorang suami yang tak endah nyawanya cuba menyelamatkan isterinya setelah kedua-duanya terlibat dalam kemalangan. Kecintaan orang lelaki tersebut terhadap isterinya ialah satu perkara yang amat menyentuh hati. Untuk kebanyakan orang daripada generasi baru, cinta penuh pengorbanan tidak mudah dilihat kerana orang daripada generasi baru pada masa kini selalu menganggap diri sendirinya sebagai paling penting untuk dijaga. Sikap materialisme dan elitisma menolong menguatkan pandangan ini. Pada masa sekarang, orang digalakkan mementingkan diri sendiri dulu sebelum mengorban untuk menolong orang lain.


Pada pendapat saya, sikap ini ialah sikap yang tidak baik kerana dalam dunia yang lebih globalisasi pada masa sekarang, ia menjadi lebih penting untuk mengorban untuk menolong orang lain supaya sebanyak mungkin orang boleh mencapai kejayaan kerana semua orang berperan serta kepada kejayaan negara dan dunia. Kalau orang tidak mengambil sikap mengorban dalam hubungan dengan satu orang sahaja, mereka mungkin tidak akan boleh menunjukkan sikap ini apabila mereka perlu mengorbankan sesuatu untuk menolong syarikat mereka dan sebagainya.


Orang-orang tidak boleh dipaksa untuk mengambil sikap ini, tetapi mereka boleh digalakkan untuk mengambil sikap tersebut. Selain itu, ibu bapa boleh mencuba melatihkan dan menggalakkan anak mereka untuk mengamil sikap ini, oleh sebab generasi ibu bapa ialah generasi yang lebih mementingkan sikap mengorban untuk menolong orang-orang lain.


(207 patah perkataan)

Sunday, April 13, 2008

Ulasan Akhbar Penggal 2 Minggu 4

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,116661,00.html?


Artikel ini memberitahu tentang perasaan rasialisme orang di negara-negara Barat terhadap orang-orang Asia, terutamanya orang Cina. Ia memberitahu tentang bantahan untuk menyekat larian obor Sukan Olimpik Beijing kerana ingin mencetuskan rasa malu terhadap Cina dan warganya, dan bantahan anti-Cina ini dijalankan dalam banyak kota dalam negara Barat seperti San Francisco, London dan Paris.


Pada pendapat saya, pembantahan tersebut jadi kerana Sukan Olimpik tidak pernah dijalankan dalam negara Asia sejak ia dimulai. Malah, ini bermakna bahawa untuk kali yang pertama sejak Sukan Olimpik dimulai, atlet-atlet yang akan mempunyai nombor yang besar mungkin atlet Cina, dan ini boleh mengurangkan peluang atlet Barat dari mendapatkan sama banyak jumlah pingat emas berbanding dengan tahun lalu. Buktinya jelas ternyata bahawa penyanggahan tersebut terjadi kerana atlet-atlet Barat menganggap atlet Asia sebagai atlet yang inferior dan tidak mahu dimalukan oleh mereka dalam Sukan Olimpik Beijing ini.


Inilah sesuatu pandangan yang amat rasisme dan pembantahan ini menunjukkan bahawa semua orang ada potensi untuk mendiskriminasikan orang lain dan akan mengambil apa sahaja langkah-langkah untuk membuktikan bahawa golongan yang orang itu didalami ialah golongan yang terbaik.


Rasialisme merupakan perkara yang tidak boleh dimusnahkan sepenuhnya, tetapi saya berasa bahawa ia boleh dikurangkan dengan mengadakan fungsi-fungsi atau membuatkan iklan, poster dan sebagainya untuk membuatkan masyarakat tersedar bahawa sifat bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya ialah perkara yang tidak baik.


(217 patah perkataan)

Sunday, April 6, 2008

Ulasan Akhbar Penggal 2 Minggu 3

http://cyberita.asia1.com.sg/printfriendly/0,3627,StoryPage-storydisplay-10000-116070,00.html?


Orang tersebut yang menjual pil perangsang seks haram ialah sesuatu daripada banyak kes-kes orang yang menjual sesuatu yang haram untuk mendapat wang. Walaupun mereka tahu bahawa perkara tersebut haram, mereka dan orang-orang lain masih membuat perkara itu. Salah satu sebab kemungkinan ialah kerana barang haram itu harganya amat mahal atau banyak orang mahu belinya. Ini boleh menyebabkan penjual itu mengambil risiko dan menjual barang haram itu kerana boleh mendapat banyak wang. Inilah bukti bahawa penambahan wang merupakan satu motivasi yang amat kuat, sampai orang tidak takut pada hukuman.


Jumlah kes-kes serupanya boleh dikurangkan dengan melaksanakan hukuman yang besar untuk orang yang beli barang haram itu serta dengan penjualnya, kerana dalam masa kini, pembeli barangan haram tersebut tidak mendapat hukuman yang sama berat kalau ditangkap. Ini supaya orang akan takut untuk beli barang haram tersebut, dan ini boleh mengurangkan jumlah wang yang boleh didapati dengan jualan barang ini, lalu penjual barang haram tidak akan mendapat penambahan wang yang terlalu besar, jadi mereka tidak akan mengambil risiko dipenjarakan untuk mendapat sedikit wang sahaja.


Untuk empat orang yang dipenjarakan, walaupun saya memahami sebab mereka mahu membuat perkara semacam itu, saya tidak begitu bersimpati dengan mereka kerana saya berpendapat bahawa walaupun motivasi untuk membuat sesuatu yang haram amat kuat, perbuatan jahat atatu haram ialah perkara yang sebaliknya tidak boleh dilakukan walau bagaimanapun keadaannya.

(219 patah perkataan)